Cause baby I could build a
castle,
Out of all the bricks they
threw at me,
And everyday is like a
battle,
But every night with us is
like a dream.
Baby, we’re the new
romantics,
Come on, come along with me,
Heart break is the national
anthem,
We sing it proudly,
We are too busy dancing,
So get knocked off our feet,
Baby, we’re the new
romantics,
The best people in life are
free.
Hi everyone! What a lovely day! Before
I start the blog writing, just want to tell you that I’m going to mix English +
Bahasa Melayu (which is my native language) and I’m using it today. However, I
will still use fully English on certain topics, writing the motivational blogs.
Let’s start again, shall we?
Haiii. Assalammualaikum. Hari yang
cukup indah untuk memuji kecantikan dan keindahan yang telah Allah SWT berikan. Banyak nikmat yang
dikurniakan tetapi sedikit sekali kita bersyukur.
Dalam Surah Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah), banyak kali ayat ini
diulang dan kalau kita perasan, ayat yang saya maksudkan ini sering diulangi .
‘Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?’
Sungguh indah maksudnya kerana
manusia selalu terleka dan lalai apabila mengejar sesuatu tanpa memerhatikan
pemberian yang telah dimilikinya.
Okay! Berbalik kepada tajuk. Setiap
motivational blog, tajuk ditentukan oleh lagu yang bakal diulas maksudnya.
Disebabkan saya ni memang peminat Lagu Barat, maka akan dipilih lagu-lagu yang
bersesuaian.
Kalau kita mendalami maksud lirik
tersebut, ia menyatakan bahawa
Ya, memang akan ada orang yang
bencikan kita, sentiasa nak melihat kejatuhan kita.
Dengan cara apa yang ‘mereka’
lakukan untuk melihat penderitaan tersebut ?
Γ
FITNAH.
Menyebarkan berita palsu/ keburukan yang mereka Nampak/ tahu tentang kita
kepada orang lain supaya ramai yang akan mula membenci dan menyingkirkan
individu tersebut. ‘Palau’ org tu.
Γ
PERLAKUAN DAN
PERCAKAPAN
‘Cara ini’ akan
memanipulasi emosi dan minda individu tersebut tetapi saya ‘taknak’ ulaskan
dengan lebih terperinci berkaitan hal ini. ‘People can forgive but they can’t
forget.’
Dah pernah alami perkara seperti ini dan paling menyakitkan adalah mereka yang
lakukan dan mengucapkan itu merupakan antara manusia yang paling disayangi.
Sakitnya hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.
Namun, cuba
kita fikirkan sejenak, semua yang terjadi dalam hidup ini, mesti ada hikmah
disebaliknya, bukan?
Kebanyakkannya
hanya untuk membuatkan kita lebih matang or ‘upgrade’ dari segi pemikiran dan
tingkah laku dalam menghadapi liku kehidupan.
‘Life is full of choices, but no one ever mention fears.’
-Anastasia Journey to the past-
Biarlah orang
nak benci.
Biarlah orang
nak fitnah apa pun.
Biarlah orang
nak tinggalkan kita.
BIARLAH.
BIARLAH. BIARLAH.
Itu hak dia
orang nak merasakan kesemua ‘negativity’ tersebut.
Bagi saya, asal
kan Allah SWT tidak meninggalkan kita, itu sudah mencukupi.
Dia merupakan
Tuhan Sekalian Alam.
Dia Maha
Berkuasa. Dia lebih berhak ke atas kita.
Dia yang
memberikan segala keperluan dan kasih sayang yang kita perlukan.
Takkan
disebabkan hanya beberapa orang ciptaan Dia, akan menghancurkan segalanya?
Takkan hanya
kerana perkataan yang diucapkan, kita hendak bersedih, murung, bergaduh dan
sebagainya untuk selamanya?
Takkan
disebabkan mereka ni, kita nak putus asa dan akhirnya menjadikan kita, hamba
yang tidak bersyukur?
Bukannya saya
maksudkan kita tidak boleh bersedih.
Boleh, silakan.
Siapalah kita
untuk menahan semua cabaran tanpa tangisan dan kesedihan.
Menangislah!
Menangislah sepuas-puasnya.
Ambil lah masa
yang diperlukan untuk tenangkan hati.
Biarlah orang
nak cakap kita ini perangai ‘kebudak-budakan’, lembik, lemah.
Saya pernah terdengar kawan saya berkata, “Alaa, orang tu dengki
dengan kita biasanya sebab kau lebih hebat daripada dia.” Bukanlah dia berkata
kepada saya tetapi kepada orang lain. Namun, apa yang diungkapkan itu ada
betulnya juga.
Biar,
biarkan. Nanti dah lama-lama, dia
sendiri akan penat. Tak habis-habis nak mengata orang, kan?
Mereka tak rasa
apa yang kita lalui kerana setiap orang cabaran dia lain-lain.
Begitu juga
dengan rezeki, setiap orang rezekinya lain-lain, takkan sama.
Dalam buku Pelukis Jalanan oleh Teme Abdullah,
Ahmad pernah berkata kepada Teme,
“Janganlah tengok periuk nasi orang lain untuk dibandingkan dengan
periuk nasi kau sendiri. Tapi, tengoklah periuk nasi orang lain untuk pastikan
mereka ada cukup makanan. Bersyukurlah dengan rezeki yang Tuhan berikan kepada
kita. Bantu orang lain. Kau akan jadi tenang.”
Pesanan, andai
kata ditakdiran mempnyai sahabat seperti ini, JANGAN LEPASKAN. Jaga
persahabatan sebaik-baik mungkin. Ini yang baru dinamakan ‘SATU DALAM SEJUTA’.
Jangan pernah
risau dan cemburu dengan kegembiraan orang lain, yakinlah suatu hari nanti,
kita juga akan merasakan kebahagiaan itu.
Apa yang mereka
lakukan dan katakan kepada kita, sepatutnya dijadikan pengajaran.
Jangan pergi
belasah pula orang tu, nanti akan melarat ceritanya.
Sabar.
Sesungguhnya Allah Bersama orang yang bersabar.
Jangan
berdendam.
Biarlah Allah
SWT yang balas tindakan mereka.
‘Ya Allah Yang Maha Perkasa,
Ya Allah Yang Maha Memaksa,
Ya Allah Yang Maha Membalas.’
Ni antara kata-kata yang sering dibaca dalam doa Qunut Nazilah.
Tetapi
sebolehnya, kita doakan yang terbaik dan kebaikan untuk mereka agar suatu hari
nanti, Allah Swt buka hati mereka untuk berubah.
Tiada apa yang
mustahil jika kita yakin kepada Allah Swt.
Bukan senang
nak hilangkan kesedihan dan keperitan tersebut.
Tetapi
pengalaman sebeginilah yang akan menjadi tunggak kejayaan kita nanti.
Ceeeeeewwwwaaaahhh.
>_<
‘And everyday is like a battle.’
Nak tempuh satu
hari tu, terasa sangatlah lama.
Tercari-cari. Otak
ni tak boleh berhenti berfikir. Tak penat ke?
Semua benda
buat tak jadi. Selera hilang. Eh semua lah. Betapa peritnya nak lalui hanya
satu hari, macam manalah nak hadap setahun macam ni? 365 hari. Allahuakhbar.
Well, I feel
you bro.
Tetapi ingatlah, ‘Hanya dengan mengingati Allah SWT, hati akan
menjadi tenteram.’
(Ar-Ra’d: 28)
‘Heart break is our national anthem’
Dah terbiasa
dengan semua cabaran yang diberikan. Hari demi hari, mereka hanya ibarat angin
yang menyapa dan berlalu pergi tanpa meninggalkan kesan.
Macam maths,
awal-awal memang susah dengan tak fahamnya lagi. Kenapa lah aku kena cari
unknowns ni semua? Kenapa lah aku ambik course ni dulu? Last sekali, kadang-kadang
terfikir juga, kenapa lah aku wujud? >.<
Tetapi, bila
dah selalu buat latihan, semua soalan kita boleh tackle dan selesaikan. Petik
jari je lah! Kacang je!
Macam itulah
hidup. Apabila banyak perkara yang kita dah alami, kita sendiri boleh kesan, mana
yang baik dan mana yang buruk.
TOXIC PEOPLE, PLEASE BUANG JEJAUH.
It is a
compulsory.
Tak kiralah
siapa pun mereka untuk kita.
Kalau setakat
mendatangkan keburukan dan kesedihan, baik ‘blah’.
‘You deserve to
be happy.’
Ni adalah
kehidupan kau. Kenapa nak hancurkan?
Dah buat silap,
kita betulkan, bukannya pergi buat balik, kan?
Sampai bila nak
bersedih je? Sampai mati?
Sia-sia je lah
hidup macam tu.
Tinggalkan. Tak
perlu risau. Jangan takut. Jangan berharap lagi.
Kalau mereka
ugut, jangan dilayan.
Perasan takut
ni, hanyalah untuk Allah SWT.
Allah Swt Maha
Mengetahui, Lagi Maha Halus.
Biarkan mereka
pergi dan jangan kembali.
Teringat pula
lagu ‘Achey- Sakit’, deep sungguh lagu tu.
Tiap kali
dengar mesti jantung pun terasa sakitnya. Huhu.
Itulah sahajalah
untuk kali ini. Ringkas. Harap bermanfaat untuk kepada mereka yang memerlukan. In
shaa Allah, saya akan ulas motivasi yang lain menggunakan lagu-lagu melayu
pulak, okay?
Okay, saya simpulkan nasihat untuk
motivational kali ini.
v
Lepaskan apa yang terbuku
dalam hati
v
Menangislah sepuas-puasnya
v
Bersabar
v
Jangan berdendam
v
Singkirkan Toxic People.
SMILE.
Not to show your happiness but to show your strong enough to handle everything.
-30/1/2020-